Thursday 13 December 2012

Jom Merewang

Jumaat, 7 Disember 2012 aku bersama Cik Jenab dan Cik Yah memulakan  misi ke Putrajaya dengan menggunakan perkhidmatan awam.  Plus Liner.. Sekali bas sampai kami terkejut gak.  Bus double decker.  Tak sangka plak naik bas nih.. Nasib baik dapat duduk di tingkat bawah.  lau kat atas tentu la gayat dan rasa ngeri.. kebetulan penumpang tak ramai hari tu..


Alhamdulillah selamat sampai di Putrajaya Central jam 6.30 petang.  Terus ambik teksi untuk ke Presint 8.  Dapat lak pemandu teksi yg banyak celoteh.. ada ke bila aku kasi kad jemputan untuk bagi alamat rumah yang nak dituju dia kata tu umah mak dia.. saje je wat gimik kan heheheeee..

Inilah tugas pertama yang perlu disiapkan.  Aku bukan reti sangat bab2 menghias nih.. tolong gunting dan gam boleh la.  Nasib baik ada dua orang pakar Mak Ucu dan Cik Jenab..  


Ini la hasil kerja tangan kami.. dengan menggunakan bunga2 yg terpakai hehehee..
mak pengantin nampak berpuashati..


Sahabat baik aku.. merangkap sifu yang banyak membantu sejak aku masuk kerja 
hinggalah sekarang..  sahabat susah dan senang.. alhamdulillah syukur Ya Allah kerana sentiasa memberikan aku sahabat2 sejati mengiringi kehidupan ku sehari2..


Walau jarang memisahkan kita, tapi persahabatan masih kekal hingga ke hari ini 
dan insya allah sampai bila-bila.. my sahabat KSM = Ketua Samseng Mafia.. 
suatu ketika dahulu hehehehe


Cik Jenab yang sentiasa sudi membantu di kala aku susah.. sahabat sejati susah untuk dicari..
 

Tiba la masa untuk kami berangkat pulang ke JB.  Naik bas dari Putrajaya Sentral 
jam 2.45 petang.  Sekali lagi naik double decker.  kali ni pak cik bas suh naik atas 
walau seat di bawah kosong tak berpenghuni huhuhuu..


Akhirnya selamat aku tiba di rumahku syurgaku jam 7.15 mlm..  Sempat la nak berehat2 sebelum memulakan tugas di esok harinya..  Alhamdulillah semuanya selamat...  Perjalanan yang menemukan 3 sahabat...  Insya Allah akan ada lawatan lagi ke Putrajaya bab tak sempat nak bergambar kat jambatan putrajaya dan sekitarnya heheheeee... tunggu aku datang Putrajaya Sentral hehehee...


Thursday 15 November 2012

Martabak Singapura

Sempena cuti perayaan Depavali pada 13 November 2012 yang lalu aku bersama dgn my boss berkesempatan ronda-ronda kota singa..  Alhamdulillah urusan di kaunter Imigresen lancar.  Tak perlu beratur lama seperti sebelum2 nih.. 

Seawal jam 10.15 pagi dah tiba kat Bugis Street..  Org pun tak ramai lagi 
tu yg leh tangkap gambar dulu ehehee 


Bila perut dah terasa lapar destinasi yang ditju tentu la Restoran Zam-Zam.. Martabak terbaekkkk 6SGD dan juga mee hoon grg merah..

Nampak sedap kan..  Ni baru start makan.. penuh lagi makanannya.. lupa plak nak ambik pic setelah licin kesemua makanan kami kerjakan heheheee


Pas kenyang makan jgn lupa solat di Masjid Sultan yang berhampiran sangat dengan 
Restoran Zam Zam ni..

Ni di hadapan ruang solat utama Masjid Sultan, Kampung Gelam


Selesai solat jangan lupa menziarahi peniaga2 melayu berhampiran kawanan masjid..
banyak cenderamata seperti keychain, pemotong kuku, magnet, tshirt dan mcm2 lagi.. yang boleh dibeli di situ..  Kene pandai cari kedai yang jual dengan harga yang lagi murah.. 




Monday 12 November 2012

Legoland Lagi

Berpeluang gi Legoland untuk kali kedua.. tapi kali ni kat luar je.. sempat la pose beberapa keping gambar hehehee..

 punya la ramai manusia al maklum la cuti sekolah dah bermula..  

 kali ni baru dpt bergambar kat depan nih.. aritu masa perasmian pembukaan tak leh bab ada pentas kat dpn nih hehehee..

Zumba @Hutan Bandar Mutiara Rini

Weekend yang sungguh menyeronokkan.. pagi sabtu dan ahadku minggu ni terisi dengan aktiviti yang menyihatkan badan.. thanks to my boss..