Alhamdulillah selamat sampai di Putrajaya Central jam 6.30 petang. Terus ambik teksi untuk ke Presint 8. Dapat lak pemandu teksi yg banyak celoteh.. ada ke bila aku kasi kad jemputan untuk bagi alamat rumah yang nak dituju dia kata tu umah mak dia.. saje je wat gimik kan heheheeee..
Inilah tugas pertama yang perlu disiapkan. Aku bukan reti sangat bab2 menghias nih.. tolong gunting dan gam boleh la. Nasib baik ada dua orang pakar Mak Ucu dan Cik Jenab..
Ini la hasil kerja tangan kami.. dengan menggunakan bunga2 yg terpakai hehehee..
mak pengantin nampak berpuashati..
Sahabat baik aku.. merangkap sifu yang banyak membantu sejak aku masuk kerja
hinggalah sekarang.. sahabat susah dan senang.. alhamdulillah syukur Ya Allah kerana sentiasa memberikan aku sahabat2 sejati mengiringi kehidupan ku sehari2..
Walau jarang memisahkan kita, tapi persahabatan masih kekal hingga ke hari ini
dan insya allah sampai bila-bila.. my sahabat KSM = Ketua Samseng Mafia..
suatu ketika dahulu hehehehe
Cik Jenab yang sentiasa sudi membantu di kala aku susah.. sahabat sejati susah untuk dicari..
Tiba la masa untuk kami berangkat pulang ke JB. Naik bas dari Putrajaya Sentral
jam 2.45 petang. Sekali lagi naik double decker. kali ni pak cik bas suh naik atas
walau seat di bawah kosong tak berpenghuni huhuhuu..
Akhirnya selamat aku tiba di rumahku syurgaku jam 7.15 mlm.. Sempat la nak berehat2 sebelum memulakan tugas di esok harinya.. Alhamdulillah semuanya selamat... Perjalanan yang menemukan 3 sahabat... Insya Allah akan ada lawatan lagi ke Putrajaya bab tak sempat nak bergambar kat jambatan putrajaya dan sekitarnya heheheeee... tunggu aku datang Putrajaya Sentral hehehee...
No comments:
Post a Comment