Wednesday 2 January 2013

Temasik Aku Datang

20 Disember 2012.. cuti umum bagi negeri Johor.. cuti hari hol.. aku mengambil kesempatan untuk mengikut sahabatku ke Pulau Temasik membawa rombongan ke sana.  Perjalanan bermula seawal jam 8.00 pagi.  Perkara yang paling membosankan bila perlu menunggu lama untuk cop passport di imigresen singapore.. biasanya jika melalui Tuas kita tidak mengalami kesesakan kenderaan dan orang.. tapi berbeza sekarang.. kesesakan di Imigresen Tuas lebih kurang sama dengan di Woodlands.  tapi aku lebih selesa dengan sistem di Woodlands yang lebih teratur. 

Destinasi pertama kami tentulah ke Pulau Sentosa.  walau telah beberapa kali pergi ke pulau sentosa tapi aku masih terus ingin mengunjunginya..  Terima kasih sahabat kerana sudi mengundangku untuk turut serta..

Sentosa aku datang.....



jom ramai2 naik train.. trainnya selesa sgt2..
 leh melihat panorama indah sekitar pulau sentosa dari atas..


ini la mercu tanda Universal Studio of Singapore (USS).. nengok globe yg berasap2 ni je aku dah teruja hihihii.. tapi kali ni aku kat luar aje.. tak masuk pun.. lau masuk mmg rugi bab kami di Sentosa cuma 2 jam 30 minit aje..


suka pic nih.. thanks to puan ruzita.. memenuhi citrasaku hehehe


 ini la Puan Ruzita.. sahabat merangkap ketua rombongan, 
merangkap tour guide gak hihihii..  Pakej lengkap hihihii


Cantikkan pemandangannya.. diambil dari dalam train.. yang tergantung nampak dari jauh tu cable car yang merentasi Pulau Sentosa ke Vivo City.  Dari Vivo City akan patah balik smula ke Sentosa Island.  Penah la merasa naik sekali.  Ok gak la tak la seram sgt mcm naik cable car kat Gunung Mat Cincang hehehee..

   
Nak beli tshirt duit tak cukup.. ku abadikan dalam gambar je la jawabnya hehehee...

  
Baju untuk si comel.. yg nyata bukan utk aku la hehee


  
Resort World Sentosa



 Kat Sentosa Island pun ada gak Merlion hehehee....



 Bini santa claus heheheee..


Sempat berposing sementara menunggu tram tiba.. 
ronda2 sekitar Siloso Beach dengan tram..


Di hadapan pintu masuk ke Song Of The Sea.. Best show nih.. tapi waktu malam je shownya...
Kanak2 mesti suka show nih.. aku pun kagum gak dengan persembahan mereka..


Kain ela cantik2 di Arab street..  Berkenan sgt dgn yang warna oren tuh hehehee....


Lepas letih meronda di Sentosa Island perut pun terasa lapar la sangat..
apa lagi menu pilihanku pastinya murtabak @ Zam-Zam Restoran..
Mengancam...


Pukul 6.15 petang bas bergerak menuju ke Woodland selepas solat asar di Masjid Sultan.
Rupanya jalan menghala ke Woodland tu jam teruk bab waktu orang balik keje..
Cancel singgah Woodland dan bas terus menuju ke JB.. Jam yang maha terus menyebabkan kami tiba di UTM jam 9.00 malam..  Semua dah letih dan lesu..  Selesai sudah perjalanan sehari ke Singapura..  Aku akan berkunjung lagi..


No comments:

Post a Comment